Thursday, April 28, 2011

gantung luar bersama: xc

assalamualaikum dan selamat sejahtera, kali ni gantung luar seperti biasa, menghabiskan masa dengan aktiviti pertemuan ruji (jumpa,minum,bincang) berlaku di hakim seksyen 7, shah alam.
hasil dari pertemuan ni, beberapa perbincangan dijalankan bagi membincangkan isu t-shirt dan masalah sosial yg kerap berlaku di kalangan masyarakat kini.. idea2 diceduk dari mereka dan rakan2 lain bagi memberikan hasil yg lebih letops..
pagi itu kitorang diserikan lagi dengan kehadiran aii den ehhehe...
selepas berbincang2.. barulah tau, rupenye2 mereka2 semua nak buat video untuk 3rd languange class mereka, jadi kitaorg meneruskn perjalanan ke lokasi penggambaran, dan aku plak g amik cuki untuk same sertai yg lain.. dan apabila tiba di tempat kejadian.. hasilnya adalah..............



nong:hoi ko wat pe tu?!!
(director)
seperti yg diminta oleh melly garcia post tentang potocot ni telah pun dibuat walaupun memakan masa yg lama akibat dari kemalangan yg menimpa aku.. hahah... itu sahaja untuk kali ni... 73~~

Tuesday, April 26, 2011

REHAT

ketika entry ini ditulis, penulis baru sembuh 95% dari kemalangan motorsikal pada 18hb April 2011.. kepada yg mencari saya, minta maaf x dpt meluangkan mase bersame kamu, kepada yg x mencari saya, saya doakan kamu sejahtera.. hahah hingga kini luka masih lagi kelihatan dan badan tidak mampu lagi bergerak aktif, (tapi luka di hati masih lagi jelas) hehehe... ok itu sahaja,harap maklum ~73

mari kenal: membe blogger

ok, berjumpa lagi dalam slot, mari kenal.. kali ni slot ni menceritakan sedikit ringkas mengenai membe blogger saye..

hihi perempuan di tengah2 itue bernama emilda, beliau adalah penulis blog imelda's belog ermm.. ak x berapa pasti tentang tempoh beliau bertapak dalam blog ni.. tapi yg aku pasti setelah berapa lame aku berblog, bru aku perasan kewujudan die.. hahaha...

keduanya, tak lain tak bukan kawan aku yg aku perkenalkan dulu, kaer. beliau adalah penulis blog lantai kehidupan. ni pun aku x pasti tempoh kewujudannye.. ini disebabkan sebelum ni ada juga bberapa blog yg ditulis tapi menemui jalan buntu.. hihi

so pade follower atau blog walker yg teringin bertemu mereka, silakan dan selamat berkenalan..!! 73

Saturday, April 16, 2011

gantung luar dan melancong : bukit cerakah

assalamulaikum dan selamat sejahtera, ok post kali ni bercerita tentang gantung luar dan melancong di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam (Bukit Cerakah) bersama rakan2 XC pada 09.april.2011.
so kitorang berkumpul seawal jam 0800 bagi menantikan rakan2 lain yg ingin turut sertai,
akhirnya hanya seramai 9 org berjaya dikumpul untuk menyertai gantung luar kali ini.. hihihi
gambar ni diambil ketika di awal perjalanan, waktu ni semua masih lagi bersemangat untuk memulakan langkah meneroka bukit cerakah. perasaan ingin tahu yang sangat menebal mendorong semua untuk lebih gigih beriadah pada pagi tu..

setibanya disana, ktorang berenti di taman haiwan, tak sangka beeh adalah animal tamer @ tarzan kuala berang.. hahahahha so bnyak gak aksi2 die menjinakkan haiwan disana. paling mengujakan apabila die menjinakkan kuda di sana.
kemudian kitorang terjumpa dengan cik merak ni.. x sangka die seekor burung yg sombong.. haha bila ktorang nak amik gambar je trus die tutup ekor die..

kemudian kitorang ke menuju ke taman perkampungan tradisional.. hehe masing2 pada time ni, sibuk mencari negeri masing2.. atleast dapat la ktorang tgk hasil tradisi perkampungan melayu dahulu. yg menariknya rumah2 disini juga terbuka untuk disewa kepada org ramai yg ingin merasai pengalaman berada di rumah tersebut. tapak untuk barbeku juga disediakan di setiap rumah.
perjalanan diteruskan... (sama x ngan gamba blog aku??? hihihih...)
seterusnya kami tiba di taman arnab. namun agak menghampakan bila setibanya disini, tiada lagi arnab yg dipelihara.. hanyalah 'arnab' 'putih' 'besar' yang ini je ader.. hihi (nor ngan faren tau r)
bila da puas membakar kalori yg sedia ader. kesemua kalori tersebut ditambah semula dengan makan tengahari di seksyen6.. antara tempat peberet aku..
kesimpulannya aku boleh gambarkan dengan gambarajah tersebut.. setelah kedatangan kali kedua, aku tidak lagi mampu menghabiskan keseluruhan taman bukit cerakah ni.. hanya 45% sahaja yg baru diteroka.. masih berbaki 55% untuk dijelajahi.. x mustahil jika selepas ini ader lagi siri 'jom jelajah; bukit cerakah 2' sekian dari saye 73~

Saturday, April 9, 2011

gantung luar bersama nong, mira, kontol, poter, am dan kecik




okeh kali ni gantung luar telah mengadakan sesi bergantung di tempat eksklusif hihih (verangan)iaitu di Meranti Grill Restaurant, UiTM Shah Alam.. diatas ajakan oleh cik.Hany Muhamad, aku dan rakan2 telah berjaya menjejakkn kaki yg pertama ke mock rest kat cni..
kalo dkat dungun dulu, mock rest ni dikenali Bayu Grill Rest. tapi konsep masih same, ianya diusahakan atas dasar sesi pembelajaran bagi kursus serving disini... oleh itu semua pekerja adalah terdiri dari pelajar2 fakulti Hotel dan Pelancongan
ni adalah waiter of the day kami, namenye che rahman, lengkap berpakaian siap bersarung tangan bagai.. layanan yg kami terima sangat memuaskan dari beliau.. begitu juga dengan rakan seangkatannya..
hahah.. bila tiap kali pergi ke mock rest ni... mesti mengingatkan aku tentang softroll.. da jadi mcm tradisi, aku,am,kontol,kecik,pejo,syuk,jurat, dan yg lain2 mmg menggilai softroll ni.. pekena plak ngan salted butter pergh.. memang terbangun dari tmpat duduk...kalo boleh mintak tiap2 course meal.. memang da belasah da...

so menu malam tu pun aku da lupe.. cume aku igt ni je la.. iaitu breaded chicken serve w/fries and sautee vegie.. ermm.. not bad.. sebab aku pun da lame x mkn western.. jadi tu yg sedap

memandang kan pagi ni aku mcm xde idea.. so... sekian sahaja dari saya.. ouh ya.. sebelum tu sekalung penghargaan kepada HANY dan CHE RAHMAN dan GRAZEA atas layanan mereka di restoran ituew... dan kepada yg lain kalau nk test2 makan di sini contact lar hotel uitm.. hihih.. sekian 73~

Friday, April 8, 2011

gantung luar bersama XC



assalamualaikum dan selamat malam, hahah okeh kali nih Gantung Luar (GL) menampilkan XC iaitu Ex Culinary.. hehe (means;bekas2 kulinari dari dungun dlu) ye lar, memandangkan ramai jugak yg da tak berada dalam landasan dahulu (termasuk la aku) jadi gamba2 di bawah adalah beberapa photoshoot yg diambil ketika ber GL..
hehe agenda ni berlaku pada setiap hari jumaat selepas kelas 0830-1030.. jadi pastu ramai antara mereka free walaupun de segelintir yg ader kelas.. jadi kitorang pergi yg mana dan jer la..
selalunya, setiap kali GL ni diadakan adalah bagi melahirkan idea yg bernas bagi hala tuju XC sendiri.. supaya kawan2 dari dungun dlu dapat la still connected walaupun masing2 da membawa halatuju masing2.. perbincangan juga diadakan bagi membincangkan isu2 semasa yg melanda rakan2...
disamping minum2, kitorang jgak dapat bertukar pendapat dan bersua mesra, setelah seminggu belajar.. ehhe dapat la minum semeja.. tempat yg kerap menjadi lokasi GL ni adalah di Khalifa seksyen7 Comercial dan waktunya seawal jam 1030 hingga 1200.. bergantung kepada keadaan kalau ader problem, atao assignment.. jawabnya gerak awal r.. hihihi
(keterujaan nor dalam mengacau minuman)
kepada rakan2 XC yang lain.. anda sangat dialu-alukan bagi memeriahkan setiap kali perjumpaan ni.. feel free to call me, to know where is the venue.. waah!! speaking bagai.. thats all 73~

Friday, April 1, 2011

experience: CW Test





ok slot baru untuk kali ni 'Experience', akan mengupas tentang segala pengalaman yg dilalui oleh en.bun... hehe ntok membuka tirai ini, post kali ni akan bicara tentang CW Test. pada 23mac 2011 satu siri ujian kod morse telah diadakan di SKMM Cyberjaya.. ujian ni adalah bertujuan bagi pemegang lesen kendalian radio kelas B untuk menjadi kelas A. 2 sesi dijalankan untuk menguji mereka yg mahir dlm CW ni..
ok untuk sesi pertama adalah ujian penerimaan dimana calon semua akan didengarkan satu mesej yg berkelajuan 12wpm (word per minute=adalah satu sukatan kelajuan bagi penghantaran kod morse) haha, time ni, berderau aku nk mnunggu mesej tu bunyi.. maklumla aku sndiri xde mase ntok practise dgr kalo transmit tu kire boleh r ag.. sblom ujian bmula pihak SKMM akan buat sound check bagi pastikan calon selesa dgn bunyi tersebut.. bile selesai, satu mesej standby akan dibunyikan 'vvv' 3kali bunyi '...-' bmakna calon kne stndby ntok mesej.. slepas tu calon kene la decode semula morse code yg diberi.. dan Alhamdulillah dan terima kasih kepada 9w2pju dan 9w6kom yg membantu aku... hahahhaha...

selepas sudah ujian penerimaan, sesi kedua pulak adalah ujian penghantaran, disini calon akan diuji untuk menghantar mesej dan menghantar nombor yang betul.. kepada calon yg terkandas pada sesi pertama, mereka tidak boleh untuk menduduki sesi kedua. jadi bila aku dpt tau je aku lulus sesi pertama, ape lagi, melompat aku mencari key (alat morse code tu) untuk practise, dan ini jugakla pertama kali aku pegang mende tu selama ni main kat laptop jer...


terima kasih kepada otai2 kat atas yg mengajar aku cara2 pegang, cara2 transmit, cara2 kendalikan mesin tu.. tanpa dorang myb aku pun bleh terkandas untuk sesi ke2... sehingga entry ni dibuat, surat pengesahan dari SKMM belom lagi diterima untuk en.bun ni tukar callsign dari 9W2BUN ke 9M2BUN hahahahhahahahh kepada calon yg berjaya macam 9W6KOM dari Sabah TAHNIAHH!!!!! hehehe dan 9W2PJU TERIMA KASIH dan selamat bertukar kepada 9M.. kepada yg tidak berjaya mcm ex-bos aku 9W2BMX, next time mesti boleh punyer....hihi itu sahaja sekian 73~

gantung luar: clearance dungun

assalamualaikum dan selamat sejahtera, lame dah x update blog ni.. sbenarnya entry ni pun lame da tersadai, cume di malam ni ader kesempatan untuk mnyambungnya.. jadi ini cume nk ceritakan tentang pengalaman aku GL bersama2 rakan ketika membuat clearance di UiTM Dungun..
dengan 2 kenderaan dan 6 org(kecil,din,kaer,kontol,am,dan aku sendiri) telah bergerak dari selayang tepat jam 0230.. haha bertolak pagi dengan harapan sampai di dungun awal pagi ahad berikutan tiada tmpat penginapan (mengamalkan konsep; datang,buat,balik)


sesampainya di dungun (0830)kitorang trus mnuju ke mcd dungun untuk bersarapan.. hahha dengan perjalanan yg mendebarkan(aksi2 tidor ketika memandu;terutamanya aku) rehat di mcd merupakan satu kepuasan untuk melepaskan lelah ketika driving.. terima kasih gak kat kontol yg ganti aku time aku ngantuk..stelah abis di mcd ktorang trus mnuju ke UiTM Dungun untuk mneruskan agenda.. setibanya di sana ktorang mnuju ke blok9 a.k.a kedai pejo..
ini pulak setelah kitorang amik borang clearance dan watkan sekali clearance untuk kawan2 yg mintak tolong ktorang.
jadi buat kawan2 sume nilah faizul@rz faizul@pejo@reza aziel@rz a.k.a owner of La Venue.. kdatangan kitorang disambut baik oleh beliau, gelak tawa mcm waktu blajar dlu terukir di wajahnya, teringat pulak aku time jamming same2 (org yg kenalkan aku ngan jamming), praktikal same2.. selepas menyelesaikan clearance, pejo ajak ktorang lunch
tanpa buang mase ktorang carila kedai nasi kukus ntok melempiaskan nafsu serakah ni.. hahaha sesudah tu pejo pun minta diri untuk mneruskan perniagaan beliau.. TQ pejo untuk air dan makan tengahari tu...:))
hahah macam biasala, zaman skarang,bila teknologi kamera adalah perkara biasa, ktorang pun mnuju semula ke UiTM untuk wat sesi fotografi haha, sebabkan da tinggalkan Dungun ni, jadi ktorang pun bergamba la dengan harapan gamba2 ni dapat la wat memorable tntang knangan ktorang dulu kat sini. setelah selesai sesi fotografi tu.. kitorang pun packing2 untuk pulang smula ke K.L ketika itu jam da mnunjukan 1530.
tapi apa bleh buat, kita x buleh mnipu bdn sendiri, ternyata dlm perjalanan pulang, aku btol2 rase ngantuk, sehinggakan banyak aksi yg mendebarkan terjadi, oleh kerana itu aku amik kputusan ntok berehat seketika untuk berikan rehat pada badan ni

tapi bagi mereka yg menjadi penumpang lain pulak kisahnye, aku yg mmg da x sedarkan diri tu tkejut bila tgk bnyak gamba kanak2 riang(kaer,din,kecil) ni bgamba dengan scenery kat situ.. jadi tepat jam 1810 ktorang meneruskan perjalanan.. dan tiba di K.L jam 0010... sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih bagi mereka yg terlibat dalam GL kali ni.. kepada yg pesan dorang2 ni ntok watkan clearance, ringan2kan mulut ucap trima kasih.. hahahahahh.... apa2 pun Dungun mmg dihatiku hahaha 73.