Wednesday, December 29, 2010
dilema melayu
anak kecil main api,
terbakar hatinya yang sepi,
air mata darah,
bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang...
itulah sdikit dari bait-bait lirik lagu ni.. ok kali ni ak bkn nk jadi racist tapi lbih nk bbicara tntang masyarakat yg berbangsa Melayu Malaysia.. sblom kita pergi lbih jauh mari kita kenal sedikit dgn bangsa melayu Malaysia...
'The definition of Malay in Malaysia is different from Indonesia. Malays make up the majority of population of Malaysia at 50.4% (see Malaysia#Demographics) and many of their ancestors are linked to other places of Malay Archipelago. Historically and in modern time, many Indonesians continue to migrate to Malaysia. Lee Kuan Yew said in the 60's, "Malays began to migrate to Malaysia in noticeable numbers only about 700 years ago. Of the Malays in Malaysia today, about one-third are comparatively new immigrants like (Syed Jaafar Albar), who came to Malaya from Indonesia just before the war at the age of more than thirty."'
(petikan dari wikipedia)
bkanla untuk menegangkn situasi politik di Malaysia kini cuma hanyalah sekadar renungan kita yg ade sstengahnye kadang2 tlupa akan asal usul sndiri malah ade yg cuba menafikan bangsa sendiri.. kes-kes seperti azwan ismail tu sdikit sbanyak tlah mncemarkn imej bkn shaja peribadi,keluarga, malah AGAMA, BANGSA dan NEGARA.. Malaysia yg dkenali dgn pnuh imej budaya dan tradisi, senang2 je dirobek oleh insan2 yg boleh dikatakn 'MABUK'.. mabuk dengan diri sendiri.. mabuk dengan kehidupan malah menghambakan diri dengan dunia yg sementara ni..
mungkin ade sstengah akan mngatakan knape pntingkan bangsa?? mungkin masing2 punyai pndapat tersendiri.. namun bagi aku.. melayu ni pnuh dgn ciri2 unik sejak dari bermulanya pngembaraan parameswara ke temasek.. pembukaan kota melaka.. pembinaan tamadun.. dsb.. meskipun itu terdapat juga teori2 yg mengatakan ketika itu melayu telah bertapak di Kedah dan utara semenanjung
melayu yg ketika itu sgt maju bbanding negara2 jajahan sekitarnya boleh dikatakan digeruni kerajaan sekitar.. penggunaan bahasa melayu sebagai lingua franca juga menunjukkan kuasa melayu selaku kuasa terbesar dan penguasa selat melaka ketika itu di asia tenggara bbanding jirannya2.. kini ternyatalah bangsa melayu bukan bangsa yg mundur seperti yg dikemuka kan sesetngah pihak, kemajuan dan ketamadunan bangsanya ketika itu cukup menjadikan rakan dagangannya tunduk dan hormat kepada nya..
namun kini setelah beratus tahun kehidupan melayu di tanah semenanjung ini, perasaan 'lupa daratan' kini kian menular di kalangan muda mudi kini.. moden,trendy mungkin satu alasan bagi sesetengah remaja kota mula hidup berlandaskan dunia barat yg bebas dalm segala tindakan.. bukan x boleh bebas cuma sperti yg dikhabarkan, adat dan budaya yg ada dlm diri ini masih lagi perlu untuk membatas sesetngah tindak tanduk kita supaya terus dihormati oleh bangsa laen.. agama islam yg dianuti sejak turun temurun pula merupakan kombinasi yg erat dlm membentuk masyarakat yg beragama Islam dan berbangsa Melayu ini..
sperti yg dicanangkn tadi, ak bukan bersikap racist cume, sdikit renungan buat aku dan pelawat2 laen ntok mnilai semula sejarah dan ketamadunan bangsa Melayu itu sndiri, kerana jika perkara ini tidak diambil serius maka luputlah sudah bangsa Melayu yg penuh dengan keunikan ini dari muka bumi ini,
'apa guna tidak hilang, jika kewujudan tidak dirasa...'
perjuangan yang belum selesai.....................
sungguh pun begitu, aku juga manusia biasa yg tidak terlepas dari melakukan kesilapan di dunia ini harap maklum~ 73
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku mcm xminat entry ni..so aku tgk gmbar je.haha
ReplyDelete