Wednesday, December 15, 2010

stall review bersama: bun

hahaah oleh kerana aku ni peminat air jambu, so kat cni aku nk reviewkan sket tntang air jambu yg aku pling ske kat area lembah klang nih... ok sperti yg kita tau, terdapat pelbagai brand yg wujud sjak kblakangan ni, namun kali ini aku pilih 2 je syarikat pelopor utama dalam industri air jambu ni(ini je yg aku rase sedap..), jambu pakcu 916 dan jambu 88.. untuk maklumat anda, pakcu 916 telah memulakan industri ini lebih awal(1983) berbanding jambu 88(2007)... namun ape yg menariknya adalah kelebihan msing2 dlm setiap produk mereka..
jambu pakcu 916 adalah kdai jambu yg kerap dijumpai di merata2 kawasan(mungkin kerana usianya dalam perniagaan ini) bahkan terdapat juga air jambunya yg telah dipek kan dlm botol 125ml tu.. (di kedai2 terpilih) ape yg beshnye air dlm botol tu sdikit pun x ubah rasa yg dijual di tepi jalan, ini menunjukkan pakcu sendiri berjaya mengekalkan ke aslian air beliau mesikipun telah mengalami pelbagai transformasi dalam pemasaran dan proses peknye.. dengan itu dptla kita lihat kekuatan jambu pakcu 916 ini terletak pada airnya yg sgt unik berbanding jenama2 laen yg kini pelbagai.
jambu 88 pula adalah jenama baru berbanding pakcu 916.. ini tak bermakna jenama ini kurang popular, diusahakan oleh Encik Azahari Zakaria dan isterinya, Puan Harlina Hamid, jenama ini nampak lebih proffesional dan matang dalam mengusahakan perniagaanya. apa yg menarik bagi jenama ini adalah asamnya.. rasa asam yg sdikit manis, berjaya memikat ak ntok slalu membeli, tekstur asam nya yang halus mmbuatkan rase asam tu berjaya menyalut rase jambu dengan baik! kombinasi asam bersama airnya juga berjaya memikat hati ak... ahhhaha
hehehe... trima kasih juga kepada org yg mmperkenalkan air ni kat aku(pejo) yang dulunya aku pandang sblah mata, tapi ble da tkene, satu hari aku bleh mnum smpi 3 cawan berturut.. hahahha.... tahniah juga buat kedua2 franchiser ini kerana berjaya merubah corak perniagaan jambu.. diharapkan slepas ini pelbagai lagi idea yg kreatif dpt ditampilkan bagi buah2an tempatan laen, bak kate mantan pm kte 'pertanian adalah perniagaan..' dengan ini majulah hendaknya bisnes perusahaan tempatan bagi merancakkan lagi ekonomi rakyat Malaysia
(KOMEN INI BUKANLAH UNTUK MENJATUHKAN MANA2 PIHAK TETAPI HANYALAH PANDANGAN BERTUJUAN MENGENALPASTI KELEMAHAN UNTUK DIBAIKI, NAMUN APA YANG HARUS DI INGAT ADALAH 'SEDAP ITU SUBJEKTIF') sekian 73~

sumber: jambu88.com, pakcu 916.blogspot, pandangan sendiri(hehe..)

1 comment: