Monday, May 7, 2012

DOKTOR UMUM

assalamualaikum dan selamat sejahtera. aku bukan seorang pembaca buku yg tegar namun ade beberapa buku yg membuatkan aku minat membacanya.. mungkin ni disebabkan genre yang aku minat. Pesta Buku Antarabangsa 2012 yg bru habis ahad lepas(6hhb52012), aku pergi bsama bapak aku yg x berapa sihat, namun setiap langkahnye aku nmpak die brasa sronok setelah pulih dari darah tingginya yg mnyebabkan beliau terlantar beberapa hai di rumah.

memang da niat aku ntok memiliki buku ini. edisi asalnya berbahasa inggeris namun aku dpat sedikit kesukaran ntok menelaah setiap helaian buku ni. buku yg aku maksudkn ni adlah "Doctor In The House" tapi stelah dimaklumkan oleh Syukri kawan aku, buku ini telah diterbitkan dalam bahasa melayu iaitu "Doktor Umum"(gambar diatas)

ketika post ini ditulis, aku da habiskan 2 chapter.. haha laju skit dari aku baca yg bahasa inggeris.mengandungi 982hlaman, ternyata mmg aku akan ambil masa untuk habiskan buku ni. secara rambangnya aku dapati buku ini ternyata bagus untuk sesiapa yg ingin melihat pandangan bekas seorang perdana menteri, sejak dari kecil hinggalah saat beliau meletakan jawatan. aku sukakan buku ni mungkin kerana minat aku terhadap pandangan beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad)  yang sentiasa memandang ke hadapan dan memecahkan pandangan skeptikal orang ramai. susunan chapter yg teratur, dan penggunaan bahasa yg mudah(BI) membuat aku seronok dan tatkala lucu dengan beberapa kisah beliau.

selain dari buku ini, aku beli skali buku 'Ensiklopedia Solat' dan 'Biografi Rasulullah'. dua2 buku yang aku rasa patut semua muslim memilikinya sebagai panduan hidup. penuh dengan gamba dan cara solat memang memudahkan kita untuk mempelajari solat2 yang jarang kita amalkan. kisah hidup Rasulullah juga mampu membina jati diri kita sebagai muslim. gaya hidup dan kepimpinan beliau boleh kita amalkan untuk diri kita sendiri kerana apa yang dilakukan beliau semuanya bersebab. kita sebagai umat yang harus memahami cara hidup beliau.

buku2 ni bolehlah didapati dengan harga RM59.90(Doktor Umum) , RM 100.00(Ensiklopedia Solat), RM 65.00(Biografi Rasulullah).. jadi, selamat membaca!! 73

(haha 2 buku yang aku suka kat tepi tu ensiklopedia senjata hahahahha...............)

No comments:

Post a Comment