Wednesday, February 6, 2013

GL Bukit Fraser

ya... cuti2 malaysia... hahah post ni lame da aku  nk cerita tapi baru skang aku nk bangkitkan. ni kisah lame, kalo x silap time aku cuti semester tahun 2011. aku ber4 pergi ke bukit fraser 

sebelah kanan aku tu kecik, yang baju biru tu hafiz dan yang kanan skali tu selah. kitorang ni mmg kwan dari diploma dungun lagi. selah tu orang kelantan so time ni kitorang bawak le die jalan2 makan angin katenye.

lame jugak kitorang habiskan mase kat atas bukit ni.. pusing sini pusing sana. tempat ni sesuai untuk mereka yang carikan kedamaian dari hiruk pikuk kota. sebab tenang jee... takde jem, takde bunyi kete, nyaman, sejuk dan pelbagai lagi..


hehhee... sampai disini sahaja bicara ku kali ni.. semoga kita berjumpa lagi dimasa akan datang.. 73

Tuesday, August 28, 2012

salam lebaran

keluarga abas... percayalah bahawa tiada orang yang akan sama dengan keluarga kita!

sedara kita keluarga kita

assalamualaikum dan selamat sejahtera. alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi kita dipertemukan lagi dengan ramadhan dan syawal kali ini (1433H) takde rupa yang dapat digambarkan kegembiraan berkumpul bersama ahli keluarga, mengunjungi sanak saudara, dan menziarah teman2. indahnya islam dalam menggalakkan hubungan silaturrahim sesama manusia. 

admit! aku mmg bnyk follow style die

keluarga abd razak (1family absent)
Ramadhan suatu keberkatan, selalu dengar bila orang lafazkan namun memang itulah hakikatnya dimana rezeki itu mencurah2 ketika itu.. dahsyat sungguh kebesaran Maha Pencipta yang membuka seluas2 keberkatan untuk umatNya. sekali lagi... puasa ni aku berpraktikal.. masuk ni da 3 kali aku praktikal time puase.. namun, aku sering igtkan diri untuk bersyukur.. sebab apa yang kita lalui ni adalah ketentuan Nya. kita hanya merancang, dan Dia yang tentukan.

uncle die pun nak tunjuk skill gak!
ziarah bukan sekadar kata
Kemenangan Syawal.  tahun ni aku berasa bertuah dapat menikmati syawal lagi. mcm sblum ni.. aku praktikal di Hotel Concorde KL dan time tu beraya di Istana Kuala Kangsar sebab ade Outside Catering Service.. bagi aku xdelah sedih sangat sebab aku masih bersyukur dapat beraya kat malaysia dan tempat ni aman.. x macam kat negara luar.. so bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. so kali ni pun aku bersyukur sgt sebab aku dpt jumpa abang2 ngan akak aku.. hehehe.. lame rasenye x dduk sekali ntok makan.. jalan2.. lara hati tu makan sendiri la..(tbayang kadang2 macam mana la bapak aku boleh lalui keadaan macm ni) 

Monday, June 25, 2012

GL Pusat Sains Negara

assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ni aku nk story pasai perjalanan aku ngan kawan2 ber GL kat pusat sains negara.. dapat tgk kat tiket kat bawah tu yang kitorang gi pada 31may 2012.. dengan disubsidikan oleh kerajaan Malaysia, harga tiket bagi Pusat Sains Negara jauh lebih murah berbanding tiket pergi ke Petrosains, Zoo Negara, Konsert Artis dan sebagainya.
tiket yang dikeluarkan
 perlbagai booth yang disediakan untuk pengunjung mencuba. konsep pameran yang menggalakkan pengunjung untuk mencuba bahan yang disediakan, sesuai bagi pengunjung yang berkeluarga dimana ibu-bapa boleh mendidik anak mereka untuk meneroka alam sains. INGAT!! ibu bapa harus berikan contoh yang baik pada anak2.
atas usaha gigih dan pekikkan jurat, kami berjaya menyelesaikan puzzle ini yang macam harem...

nampak kegegehan kitorang meneroka sains
 time ni aku ngajak sekali din,jurat dan gadis dibawah ini, amira hassan. hehhe... terima kasih juga kepada amira sebab waktu ni... die ler yang mengambil gambar kami2 semua.. thanks myra.
myra berpose di depan denesor sempena pameran dinosour

bergambar dalam rumah kaca yang berjaya membuatkan aku telanggar cermin

memenuhi hasrat gadis genit itu untuk bergambar

mencuba ilmu sains yang baru sekarang paham konsepnya
 yang paling letops. sblum balik kitorang singgah kat rumah kaca kat bawah PSN tu.. dan kitorang telah diberi peluang untuk melepaskan rama-rama yang dipulihara oleh pihak PSN. awalnye kitorang terujah... tapi last2, staff tu bawak keluar sebekas rama2/ kupu2 yang nak dilepaskan.. hasilnya;
taktik-taktik melepaskan rama-rama 

first time experience melepaskan kupu-kupu
rama-rama tu dalam paper bag ni..
 lastly ni la gambar yang aku hambik sebelum nak balik. dapatla berangan mcm duyung bermain dengan ikan... muahahahahhaha
'akuarium sentuh' aku pun sentuh la!!
jadi sekian sahaja untuk kali ni.. harap2 pada yang teringin untuk pergi ke Pusat Sains Negara tu bleh r meneruskan niat tu.. sebab benda-benda seperti ni telah direka bagi membentuk minda dan idea yang lebih baru dan intelektual.. sekian 73.



Monday, May 7, 2012

DOKTOR UMUM

assalamualaikum dan selamat sejahtera. aku bukan seorang pembaca buku yg tegar namun ade beberapa buku yg membuatkan aku minat membacanya.. mungkin ni disebabkan genre yang aku minat. Pesta Buku Antarabangsa 2012 yg bru habis ahad lepas(6hhb52012), aku pergi bsama bapak aku yg x berapa sihat, namun setiap langkahnye aku nmpak die brasa sronok setelah pulih dari darah tingginya yg mnyebabkan beliau terlantar beberapa hai di rumah.

memang da niat aku ntok memiliki buku ini. edisi asalnya berbahasa inggeris namun aku dpat sedikit kesukaran ntok menelaah setiap helaian buku ni. buku yg aku maksudkn ni adlah "Doctor In The House" tapi stelah dimaklumkan oleh Syukri kawan aku, buku ini telah diterbitkan dalam bahasa melayu iaitu "Doktor Umum"(gambar diatas)

ketika post ini ditulis, aku da habiskan 2 chapter.. haha laju skit dari aku baca yg bahasa inggeris.mengandungi 982hlaman, ternyata mmg aku akan ambil masa untuk habiskan buku ni. secara rambangnya aku dapati buku ini ternyata bagus untuk sesiapa yg ingin melihat pandangan bekas seorang perdana menteri, sejak dari kecil hinggalah saat beliau meletakan jawatan. aku sukakan buku ni mungkin kerana minat aku terhadap pandangan beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad)  yang sentiasa memandang ke hadapan dan memecahkan pandangan skeptikal orang ramai. susunan chapter yg teratur, dan penggunaan bahasa yg mudah(BI) membuat aku seronok dan tatkala lucu dengan beberapa kisah beliau.

selain dari buku ini, aku beli skali buku 'Ensiklopedia Solat' dan 'Biografi Rasulullah'. dua2 buku yang aku rasa patut semua muslim memilikinya sebagai panduan hidup. penuh dengan gamba dan cara solat memang memudahkan kita untuk mempelajari solat2 yang jarang kita amalkan. kisah hidup Rasulullah juga mampu membina jati diri kita sebagai muslim. gaya hidup dan kepimpinan beliau boleh kita amalkan untuk diri kita sendiri kerana apa yang dilakukan beliau semuanya bersebab. kita sebagai umat yang harus memahami cara hidup beliau.

buku2 ni bolehlah didapati dengan harga RM59.90(Doktor Umum) , RM 100.00(Ensiklopedia Solat), RM 65.00(Biografi Rasulullah).. jadi, selamat membaca!! 73

(haha 2 buku yang aku suka kat tepi tu ensiklopedia senjata hahahahha...............)

Saturday, March 31, 2012

assalamualaikum, dan selamat sejahtera. ok setelah dua bulan menyepi.. kini aku nk kongsi satu maklumat yang setelah kian lama aku dok congkil dari segenap media. dah dekat setahun aku berubah dari berus gigi ke kayu sugi. ni gara-gara aku terfikir sejenak, kenapa kita semua sebuk gunakan berus gigi walhal dalam islam sendiri dah ada cara untuk bersugi. so aku beralih arah mencari kebaikan dalam sunnah itu sendiri.. jadi aku terjumpa info ni dan bila aku try cari rujukan die aku da x jumpe tapi aku yakin ada kebenaran dalam sunnah.. jadi harap kamu semua dapat maklumat yang cuba disampaikan.. terima kasih kepada (http://al-rulziey.blogspot.com)

APA ITU BERSUGI?

Bersugi adalah suatu perbuatan bagi membersihkan
mulut dan gigi.


HUKUM BERSUGI

1. Sunat
- hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.

2. Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.

CARA BERSUGI



HIKMAH DAN FAEDAH BERSUGI
1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

ADAB BERSUGI

1. niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan Allah swt.
2. baca bismillah dan selawat Nabi.
3. basuh kayu sugi sebelum dan selepas di gunakan.

TAHUKAH ANDA?

Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian (Pencegahan), Universiti King Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak, gusi berdarah, gigi haus dan kesakitan gigi. (Arabnews)

RAHSIA SAINTIFIK KAYU SUGI

Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.
Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.




Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.
Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.
Kesan Gigi Mendapat Elektron
Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.
Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.
Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.
Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.



Teknik Menggosok (Bersiwak)
Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.
Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.

harap kita semua mendapat keberakatan.. insya-Allah.. 73

Friday, January 6, 2012

SELAMAT SEMINGGU DI TAHUN BARU

haha... assalamualaikum, dan selamat sejahtera lame betol aku x sentuh blog ni.. pelbagai dugaan aku hadapi di tahun 2011.. alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun terdapat sikit2 yg tak kena.
aku tau, ramai antara korang ade azam tahun baru ni. walau apa pun ia, biarlah ke arah kebaikan, dan sama2 meningkatkan produktiviti diri.
tanpa segan dan silu, aku ucapkan 'selamat menempuh tahun baru 2012'

Friday, October 14, 2011

LESEN??



assalamualaikum dan selamat sejahtera!! hehe lame da aku x update blog ni.. ni berikutan bnyak kejadian2 yg berlaku sejak kebelakangan ni.. jadi bnyak bende yg aku nk tgk dlu berbanding blog ni..

ok al kisah kali ni adalah lesen.. tadi aku baru pergi umah keluarga reen.. pastu der la tercerita sikit tentang lesen.. apa lesen yg aku perkatakan bukanla lesen motor,kereta waima lesen untuk traktor.. tapi lesen yg aku katakan adalah lesen radio amatur..


untuk mendapatkan lesen radio amatur pula, terdapat 2 kategori yg disediakan iaitu kelas A dan kelas B.. terlebih dahulu pengguna perlulah menduduki ujian bagi mendapatkan lesen kelas B. Setelah lebih 1tahun, barulah mereka buleh menduduki ujian untuk kelas A.

jadi rasanye cukup sekadar ini... kepada reena.. rasanya mungkin ini da menjawab persoalan tadi.. dan mungkin juga dapat menambah kan input bagi pembaca yg lain.. terima kasih semua.. 73