Sunday, May 1, 2011

diskusi : dari bangsa ke agama



assalamualaikum dan selamat sejahtera, sejak kebelakangan ni aku mula tertarik dengan satu blog yg menceritakan tentang susur galur bangsa melayu, terlalu banyak yg diperkatakan oleh srikandi ini dalam blog beliau iaitu 'riwayat melayu' jadi kat sini, aku nk juga bersama2 mereka untuk menyebarkan tentang apa yg mereka katakan itu, so kepada pembaca dan visitor buleh lar klick pada perkataan 'riwayat melayu' diatas atau klik di bawah ini untuk link terus ke page tersebut.

http://riwayatmelayu.blogspot.com

dibawah ni pula adalah dari petikan komen dari Anon yg marupakan seorang pekerja kapal yg telah banyak merantua ke negeri orang dan berjumpa dengan serata umat. dan berikut adalah komen beliau.



'...Ini hanya pengalaman aku dari belayar ke seluruh dunia sebab aku kerja atas kapal. jumpa orang Islam Sepanyol, diorang kata keturunan kami pernah menjadi Khalifah Islam yang mendapat mandat dari Allah taala sendiri dalam memimpin Andalusia. Jumpa orang islam Arab, diorang kata Nabi kami dari orang Arab sendiri... kami malu pada allah taala sekiranya bangsa kami melakukan kerosakan di muka bumi sedangkan orang yang paling mulia di sisi Islam itu adalah dari kalangan bangsa kami sendiri. Jumpa orang Islam Inggeris, diorang kata kami pun nak ambil bahagian dalam memartabatkan Islam di kalangan bangsa Eropah.. Kami nak jadi bangsa yang menamatkan perang Salib yang si kafir dari kalangan bangsa kami sendiri yang start. jumpa pulak orang Islam Russia, diorang kata bangsa kami dari kalangan orang Islam diberi ujian teruk seteruk-teruknya dari zaman komunis sehingga sekarang... tapi kami tak kisah. Islam russia akan tetap dengan jihad-nya dan Allah taala akan memandang kami sebagai mujahidin yang akan menegakkan islam di Russia. Jumpa orang Islam Latin Amerika, diorang kata kami start peluk Islam.. dengan harapaan Latino yang lain akan ikut jejak kami.

Tapi apa sudah jadi dengan bangsa Melayu? Kami bangga mengaku Islam tapi malu mengaku Melayu? Wow... nak jadi bangsa apa pula? Hidung dah penyek, kulit dah la tanned... tapi nak menumpang jasa bangsa lain kepada Islam. Apa barang? Mana tanggungjawab kamu selaku anak Melayu Islam? Mana? Kamu pandai berbicara mengenai Islam, tapi kamu lupa tanggungjawab kamu untuk memajukan bangsa Melayu selaras dengan Islam. Allah taala akan soal kamu di akhirat kelak. Jaga baik-baik.

AkuAnonJugak...''

so aku harap kepada semua yg membaca post ni dpt la jugak meluangkan mase ntok membaca entry post yg aku tulis kat atas tu.. harap2 sdikit sebanyak dapat menambah ilmu kita yang kian lesap dan dilesapkna... 73~

No comments:

Post a Comment