Sunday, December 12, 2010

gantung luar dan restaurant review bersama: din, aniq, lah

wokeh, kali ini ak nk reviewkn tmpat mkan yg aku gi mkan kat subang aritu.. demi menjaga nama baik kdai tersebut aku gelarkan kdai tu 'pinggan besar' heheheh..... terletak di subang, restoran ini agak terkenal hinggakan menarik aku untuk dtg merasainya walhal aku dahulu pernah dtg kat cni waktu kcik.. dan kali ini aku dtg semula sebagai dewasa.. hahhaha(gelak dewasa)
ok ape yg aku nk gtau kat cni.. kkecewaan yg lahir dlm diri aku tatkala dtg k kdai ini dari awal memilih menu.. dlm pemerhatian kami ber4.. didapati terdapat beberapa kesalahan mengeja menu tersebut seperti 'spaghetti' di eja 'spegatthi'.. bukan ape.. kesalahan seperti ini menunjukkn betapa telitinya sesebuah pengurusan tersebut.. kesalahan ini juga telah memberikan cerminan negatif terhadap sesebuah restoran kerana menu kad adalah penarik dan ianya juga mencerminkan imej sesebuah premis tersebut kepada pelanggannya...

harga di sini juga boleh dikelas kn sebagai high class kerana dpt dilihat rata2 harga di 'pinggan besar' ini lebih kurang RM 20++.. tapi agak memalukan jika terdapat kesalahan yg remeh di dlam premis tersebut..
apakah itu COW SLOW? (lembu perlahan??) hehe...
terdapat juga kesilapan dalam pengelasan menu tersebut.. seperti contoh, Chicken Salad, Fish Salad etc. diletakkan di bawah menu Main Course..
ini pula adalah hidangan yg diminta oleh aniq, iaitu spaghetti bolognaise, untuk menu ini, pandangan pertama kita akan dikaburi oleh pinggan yg besar itu (penarik restoran ini) namun dari segi menunya agak mengecewakan kerana kita dpt lihat warna bolognaise itu agak pucat dan penggunaan 'cold salad' yg kurang bersesuaian dengan hot dish tersebut.. namun apa yg dipuji adalah pinggan nya suam ketika ianya sampai ( menunjukkan menu tersebut mmg hot dish)bolognaise nya juga agak hancur dan kurang rase tomato seperti yg biase kita rase di tmpat laen..
ermm overall untuk restoran ini agak mendukacitakan.. mungkin kerana x berbaloi dengan harga tersebut.. maklum la, harga da berpuluh2 tapi yg sampai x mencapai tahap yg sepatutnya
minta maaf jika apa yg ak sampaikan ini melukakan sesetengah pihak, namun pahit terpaksa ditelan dan komen ini boleh dijadikan iktibar untuk yg laen bagi membaiki pengurusan dan kualiti sesebuah restoran..(KOMEN INI BUKANLAH UNTUK MENJATUHKAN MANA2 PIHAK TETAPI HANYALAH PANDANGAN BERTUJUAN MENGENALPASTI KELEMAHAN UNTUK DIBAIKI, NAMUN APA YANG HARUS DI INGAT ADALAH 'SEDAP ITU SUBJEKTIF') thats all 73~

3 comments:

  1. big plate...
    pernah la beberapa kali makan kat situ..time2 studi dulu...
    nampaknya yg dulu lagi menarik...yg ni nampak semakin mengecil sizenya...sbb dulu makan mesti tak pernah habis...

    ReplyDelete
  2. dulu lg best..btw korang xtry mushroom soup?best

    ReplyDelete
  3. hehe.. x... sbab mcm lapa sesangat.. amik yg mane patut je...

    ReplyDelete